Why me?
Dunia yang sangat luas. Dunia yang sangat besar. Semuanya ciptaan Ilahi yang Maha Kuasa. Meski penduduknya bertebaran disana sini, tetapi norma hidup seorang manusia biasa tidak suka dimarahi. Apatah lagi dimarahi walaupun bukan silapnya. Dan mereka yang normalnya hidup seperti itu, termasuk juga aku. Memang tak dapat aku nafikan yang aku memang seorang yang cepat marah. Memang aku seorang pemarah. Tapi, dalam masa yang sama aku tahu yang kebiasaan manusia tak suka dimarahi. Dan begitu juga aku. Jadi mengapa harus aku yang meminta ampun darinya sedangkan aku tak bersalah?
*Flashback*
"Aku suka kawan macam kau Miz. Walaupun kau dah tak rapat dengan dia, tapi kau tetap care pasal dia. Tetap ingatkan dia supaya patah balik ke jalan yang betul."
*senyap*
*Ends Flashback*
"Kau tahu Cah, aku selalu rasa diri aku useless. So bila ada orang cakap macam tu, aku terharu. Terharu sangat. Sebab aku rasa macam tu pertama kalinya orang cakap aku berguna."
"Miz, aku mintak maaf sebab dulu aku tak pernah fikir kau jenis yang macam ni. I mean, I thought Miz jenis yang tak dengar cakap orang. Miz sorry. Bila dah sekelas baru tahu Miz jenis yang always thought about other people secretly."
Kenapa bila salah mesti aku yang dijadikan bahan? Kenapa mesti aku dijadikan tempat melempiaskan amarah kau? Aku dah cuba sedaya upaya untuk buat perkara yang baik. Aku dah cuba ikut apa yang kau arahkan.Tapi, bila aku terbuat sekelumit kesalahan kau marah bagai nak gila. Apa kau memang mencari kesalahan aku selama ini? Sepanjang aku mencuba yang terbaik, adakah kau memang mencari masa yang sesuai untuk memarahi aku? Adakah itu yang kau cuba katakan? Nyata kau tak menghargai apa yang aku cuba lakukan untuk memuaskan hati kau.
Persoalan hidup yang dah lama aku tinggalkan kini timbul kembali. Timbul selepas lama aku ikat dengan batu dan tenggelamkannya di dasar hati aku. Mungkin tali tu dah rapuh dek hati yang terus menerus disakiti orang. Tolong hargai apa yang aku dah cuba untuk buat. Bukan senang untuk aku dengar cakap orang. Bukan senang untuk aku ikut cakap orang. Aku cuma pinginkan penghargaan dari hati sahaja. Itu sahaja. Tak perlu ucapan terima kasih, tak perlu hadiah itu dan ini. Aku cuma nak orang hargai aku, tunjukkan yang aku ni insan yang berguna. Itu sahaja yang aku impikan sejak aku kecil. Itu sahaja.
Dan soalan yang dah lama aku hilangkan dari benak fikiran aku, 'Kenapa mesti aku?'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment