Speciality


Setiap insan di muka bumi ni pastinya ada kelebihan tersendiri. Antara menonjol atau terpendam. Antara berkilat atau perlu dikilatkan. Pernah aku katakan dahulu, aku adalah seorang negative-thinker. Sering kali aku menggunakan jawapan seperti, 'aku mana ada kelebihan' , 'mana ada' , 'apa je yang aku bagusnya?'. Kadang kadang ada juga aku gunakan ability untuk ingat birthday orang dengan mudah tu sebagai kelebihan aku. Tapi, aku tak rasa benda sebegitu sangat special untuk menjadi kelebihan tersembunyi yang tersorok jauh dalam diri aku.

Sejenak tadi aku befikir. Mungkin aku memang ada kelebihan yang mungkin hanya aku yang boleh lakukan. Aku boleh merasakan kesedihan, kegembiraan, rasa bagai ingin menjerit, senyum, menangis. Pendek kata aku boleh mencampurkan semua perasaan aku dalam masa yang sama tanpa ada apa apa tujuan munasabah. Dan yang paling penting, ianya random. Datang dan pergi bila bila masa sahaja. Tanpa ada warning atau isyarat signal langsung kepada empunya jasad.

Kelakar bukan? Aku tahu. Aku tahu ini bukan sesuatu kelebihan yang patut aku sukai. Nyata perkara ini memang tak disukai aku tatkala merasakan perasaan yang bercampur sekali gus dalam satu masa. Tapi adakah syarat kepada kelebihan itu perlu kita suka? Kelebihan itu datang dalam pelbagai bentuk. Dalam pelbagai jenis. Ada yang untuk kebaikan dan kadang dalam kejahatan. Ada yang disukai, ada yang tak disukai. Dan ini adalah kelebihan yang aku rasa ada dalam diri aku. Walaupun tak disukai, pastinya kelebihan ini adalah sebahagian dari diri aku. Aku yang sebenar. Aku yang sentiasa terperuk dalam hati sendiri.

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com