Sabr



2014. Tahun yang mencabar fizikal dan mental setiap penduduk bumi ini. Too many tragedies happend in just a year time. MH370 disappear, Gaza under attack, Syria been sprayed by toxic gas and the latest one, another Malaysia aircraft had crashed; MH17. It was said there was no survivors. Allahu. Moga keluarga penumpang Boeing 777 bersabar dan redha atas ujian ini. Moga kuat dengan ujian yang diberi Ilahi.

Hari ini, bermulalah serang darat yang dilakukan oleh tentera Zionis. Sedih, sedih dengan apa yang terjadi kepada sedara seIslam kita disana. Tapi, penduduk Palestine semestinya kuat. Meski banyak nyawa terkorban mereka tidak gentar melawan kembali tentera tentera kejam-Zionis. Mereka percaya Allah bersama mereka dan akan memberi mereka kemenangan kelak. Put faith in Him, surely He will give you something better. Allah, tak akan uji hambanya kalau Dia dah tak ada rasa sayang kepada hambanya. Jadi bersyukurlah kita masih diuji. Allah nak kita sama sama pulang ke pangkal jalan. Pulang ke jalan yang sebenarnya. Pulang kepada fitrah asli manusia. Fitrah menyembah Tuhan yang satu. Fitrah yang sebenar benarnya.

Di sini, aku mengharap supaya rakyat Malaysia mengambil penduduk Gaza sebagai contoh untuk mereka terus kuat dan tabah menghadapi ujian. Malaysians need to be strong, those at Gaza has been attack for many years yet they still believe in Him. Kita di sini baru di uji dengan satu kehilangan aircraft dan satu aircraft terhempas. Banyak nyawa dah terkorban dek kemalangan tersebut. Tapi banyak lagi nyawa terkorban di Gaza dan Syria. Mereka tetap tabah menghadapi hari hari mereka yang sentiasa dalam peperangan.

Moga ujian yang diberi Tuhan akan menjadi titik tolak kepada rakyat Malaysia. Bukan aku tak nafikan, kebanyakan orang islam di Malaysia hanya Islam pada IC sahaja. Its a shame. Dan aku berharap agar aku sentiasa Islam di hati dan Iman ku akan tetap teguh dan tak terjerumus ke jahiliyah yang menyeramkan. Ameen. Moga Malaysia kuat, moga Gaza kuat, moga Syria kuat. Doa kami akan sentiasa mengiringi mu di sana.

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com