Ego II


"Elelele, merajuk ke? Hahaha."

"Ey, tolong sikit. Tak ada kerja nak merajuk."

"Kau ni ego lah, Miz."

Tatkala perkataan ego tu terluah dari mulut si 'pemujuk', diri rasa bagai dihempap batu yang maha besar. Pelik. Itu yang dapat aku simpulkan. Walaupun sendiri mengaku adanya perkampungan ego di hati. Tapi diri tetap tak dapat nak lali dengan perkataan ego yang diberikan orang. Dulu kononnya kata kepada mereka, ego kuat, ego besar. Tapi bila diberitahu orang tentang fakta terang-tang-tang, hati rasa bagai ditembak peluru sedas.

Setakat ni baru dua orang sahaja yang berani mengatakan yang aku ego. Walaupun yang lain setuju dengan ke-ego-an aku yang kadang terserlah bak sinaran mentari, tapi hanya dua sahaja yang berjaya membuatkan aku rasa ditembak dengan perkataan tu. Bila dah rasa macam ni, barulah faham apa yang dirasai insan insan yang diberitahu ber-ego. Baru tahu perkataan ego tu mempunyai satu kuasa yang besar yang mampu membuat empunya badan rasa ditembak, dihempap, dicucuk.

"Weh, teruk ke kalau ada ego?"

"Tak ada la teruk. Cuma itula, aku rasa ego tu tak patut banyak sangat dalam diri. Nanti lain pula jadinya. Pada aku, semua orang ada ego. Cuma bezanya sikit banyak je."

Dia tak nyatakan kat situ aku. Tapi jelaslah yang disedang cuba menasihati aku. Sebab aku tahu, dia tahu yang aku memang ber-ego tinggi. Dan, seperti biasa. A negative thinker like would be down because of that thought that I'm stupid. Why, mostly because of the ego inside of me. Even though I know she never meant to make me feel that way, and I know she is trying to make me lowered my ego-level. But shame on me, I made a twisted plot of what I should feel about the advise given. Silly aye.

Dan tiba tiba aku rasa bersalah sebab teringatkan satu nasihat aku kepada rakan ku yang seorang ni. Nasihat supaya dia menurunkan egonya. Nasihat supaya dia berhenti menegakkan benang yang basah. Aku rasa bersalah. Kenapa, sebab aku sendiri sedar level ke-ego-an aku pun tak ada kurangnya dengan dia.
Memanglah kalau nak tunggu ego aku turun baru nak tegur orang suruh turunkan ego tu macam tunggu kucing berjanggut. Tapi disebabkan itula aku rasa bersalah dengan nasihat aku. Aku rasa macam aku tak memahami situasi yang dia alami. Situasi dimana susah untuk turunkan ego yang dah lama bertapak di hati. Susah sebab aku tahu susah aku rasa bersalah.

Kadang nak juga aku rasakan macam mana hidup orang yang level-ego nya rendah. Nak juga hidup dengan kuantiti ego yang sedikit. Tapi, mungkin Tuhan tahu kalau aku tak ber-ego tinggi mungkin aku tak akan dapat nak defend diri aku sendiri pabila dihenyak orang. Mungkin tanpa ego atau kurangnya ego aku, aku akan jadi lemah. Mungkin banyak lagi hikmah dibalik tabir takdir Tuhan yang Esa.

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com