Salam dunia.
"Bebas. Apa erti bebas?"
"Probably when you can just do whatever you want, go wherever you want"
Kan? Aku memang dah lama inginkan kebebasan. Bebas dari dunia ni, bebas dari suruhan orang itu dan ini. Bebas dari masalah yang membelengu otak, yang menyesakkan dada. Boleh ke aku gapai bebas tu sendiri? Aku nak sangat rasa bebas tu. Bukannya bebas yang dirasai lepas habis exam, bukan bebas yang dirasai apabila mula cuti. Bukan. Aku nak yang eternal freedom.
Banyak yang kata, mereka tak nak membesar. Aku hairan kenapa mereka tak nak membesar? Kenapa nak sentiasa hidup bawah payung ibu bapa? Aku nak sangat cepat membesar. Kerana padaku, bila aku dah besar aku boleh buat apa sahaja aku nak. Aku akan dapat merasakan kebebasan tu sendiri.
Pernah satu ketika, aku inginkan hidup sebagai seekor burung. Terbang bebas di langit yang luas. Bebas pergi ke mana sahaja ia inginkan. Dan harapan itu masih tak berubah sampai sekarang. Aku masih lagi tengok langit, tengok burung yang berterbangan. Pada aku, langit dan burung adalah satu simbol kebebasan. Bebas pergi ke mana jua di serata dunia. Jealous aku.
Aku tahu kehidupan di luar sana sangat adventure. Kita perlukan jati diri yang kuat kalau nak survive kat dunia luar tu. Banyak lagi yang kita tak tahu. Aku tahu tu. Ye, kadang memang rasa takut hadapi dunia yang serba serbi itu. Tapi takkan nak terus duduk dirumah dan tonton tv je?
Aku mungkin dah makin nampak pancaragam dunia ni. Tapi masih lagi tak cukup bagi aku untuk faham makhluk Tuhan yang bergelar manusia itu sendiri. Manusia yang bermacam ragam. Manusia yang bermacam warna. Manusia yang itu dan ini.