Salam semua.
Aku tahu. Dah lama aku tahu. Pernah aku state kan dulu yang aku nampak diri aku dalam si dia. Pernah. Dan aku tidak akan menafikannya fakta yang sudah terang lagi bersuluh di mata aku. Kita bagaikan kucing dan serigala. Mungkin keduanya datang dari keluarga yang berbeza tapi kita ada persamaan yang tak terungkap oleh kata kata.
"Dah aku api, dia api. Bila api jumpa api, makin besar api dia." -Si dia.
Aku masih ingat kata kata si dia di satu masa dahulu. Betullah apa yang dia cakap tu. Memang kita sama sama api. Dan, mungkin sebab tu kita sampai sekarang tak pernah ngam dengan each other. Kan? Haha. Aku paksa diri aku ketawa atas fakta ni.
Perang. Dia ada state kan kat blog dia, hidupnya sentiasa kelam. Hidupnya tak seindah hidup orang lain. Dengan melihat orang lain hidup gembira dia juga tumpang gembira. Dia tak nak ada orang lain yang hidup sepertinya. Biar dia sahaja yang merasai kehidupan sebegini rupa. Tapi dia lupa, bukan dia seorang sahaja yang meniti harinya dengan suram mentari. Bukan dia seorang sahaja yang hidup dalam kelam dunia. Bukan dia seorang sahaja atas dunia ni hidup sebegitu rupa.
Aku, adalah satu contoh mereka yang hidup dalam dunia yang sama sepertinya. Perang dengan diri sendiri. Itu masalah dia. Dan, itu juga sama dengan aku. Aku dah nyatakan major pain aku adalah diri aku sendiri. Masalah yang biasa aku ramble kan hanya minor pain sahaja. Aku juga, insan yang sentiasa dalam keadaan perang. Perang dengan diri sendiri.
Kenapa dan bagaimana aku terjumpa orang yang persis aku sebegitu cepat? Aku tertanya tanya. Apakah hikmah disebalik pertemuan kita? Pasti ada sesuatu di belakang tabir pertempuan dua insan yang berbeza keluarga. Pasti. Tuhan tak akan takdirkan sesuatu kepada hambanya tanpa sebab. Aku pasti, sangat pasti.
Pernah satu ketika aku, dia dan rakan sekolah yang lain melakukan ujian stress. Kaunselor tanya siapa yang lebih 15, dan waktu itu dia angkat tangan. Kawan di sebelah aku buat muka tak percaya. Sebabnya, luaran si dia nampak begitu ceria. Luaran si dia penuh dengan warna warni. Luaran si dia sangat peria. Tapi itu cuma luaran sahaja. Mungkin ada sebabnya Tuhan ciptakan manusia ada luaran dan dalaman.
Sama je macam aku. Tapi, aku tak angkat tangan waktu tu. Sebab aku lagi rendah dari 15. Walaupun rendah dari 15, aku ada pangkah bahagian "terfikir untuk bunuh diri". Tapi tak apalah, mungkin aku pun sebenarnya lebih 15. Mungkin. Sebab aku banyak tak sedar perkara yang terjadi pada aku. Maksud aku, perkara fizikal dan symptom symptom menghadapi stress. Mungkin.
Pernah sekali tu, rakan sekelas berkongsi ilmu. Dia boleh melihat aura setiap manusia. Aura datang dalam 7 warna. Dan dia katakan rakan karib biasanya auranya berbeza, dan bila mereka bersama aura tersebut akan bergabung dan memberikan warna yang cantik. Tapi, kalau warna aura yang sama mereka tidak akan bersama. Bagaikan magnet. Apabila kutub selatan bertemu kutub selatan magnet akan repel. Perkara yang sama tak akan melekat.
Mungkin memang takdir kita tak akan bersama. Mungkin. Tapi, boleh jadi satu hari nanti ada perbezaan antara kita yang muncul. Dan mungkin perbezaan itu yang akan membuatkan kita senang antara satu sama lain. Mungkin. There's so much possibilities in this world.
No comments:
Post a Comment