Move On


Wahai makhluk Tuhan bergelar manusia sekalian. Kau orang faham kan perkataan move on? Faham kan? Tahu tak nak bergerak ke hadapan itu susah? Bayangkan nak pandu kereta kehadapan pun kena tekan minyak, ada daya geseran berlaku ketika tu. Please. Jangan senang senang nak judge orang itu dan ini walhal kita sendiri tahu perkara itu susah. Sedangkan darah yang nak naik balik ke jantung melawan tarikan graviti bumi pun perlukan pertolongan supaya tak tersalah flow.

Nak move on tu bukannya perkara yang mudah bagai pejam celik mata. Bukan dengan hanya memetik jari je kita boleh move on macam tu sahaja. Tak. Lagi susah kalau kita sangat sangat treasure momen momen lama tu. Kalau, cuma kalau kenangan lama tu boleh kita buang macam Elsa lepaskan gian guna magic snow dia macam dalam Frozen. Pasti, pasti ramai yang tak mati bunuh diri. Pasti ramai yang hidup tanpa menyimpan dendam. Pasti hidup sentiasa aman dan tenang. Pasti kepalaku takkan se-serabut ni. Pasti.

{ Orang selalu kata ni
"Aku tak boleh nak buang benda lepas dari kepala otak aku."
"Sebab kau set otak kau yang kau tak boleh."

Ada dua jenis manusia ; mereka yang terima(redha) dengan kisah silam dan mereka yang masih tersekat didalamnya. }

Aku memang tak boleh nak nafikan kebenaran ni. Betul lah apa yang di state kan di situ. Tapi, cuba kau in their shoes. Will you be that optimistic? Will you? Easier said than done. Ramai yang pandai bermadah kata tapi tak ramai yang faham perkara sebenarnya.

Kadang aku nak juga lari dari bayangan silam. Tapi, sampai bila aku nak lari? Kalau aku lari pun nanti bayangan tu datang balik juga. Asyik lari je sampai sudah aku tak akan ke mana. Selagi masalah lepas tu tak diselesaikan, selagi tu ada kerja yang harus di-bereskan.

Nak move tu susah, tapi kena ada usaha. Bukan setakat duduk goyang kaki mengharapkan bayangan lepas yang pergi dari hidup kita. Kita yang kena tinggalkan mereka. Kita yang kena mulakan langkah pertama. Kita. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Move on tu perlu. Perlu sangat, sebab dalam hidup bukan sedikit ujian datang menjenguk. Banyak. Lepas satu pergi, satu datang. Nikmat senang pun ujian. Panjang lagi perjalanan. We're never done fighting, it's only over when we dead -The Mischievous Mrs. Maxfield.

Bak kata Pa'e [tunas] "Tak ada apa yang lambat sebelum mati". Memang lah nak move on tu susah, tapi apa salahnya mencuba nasib? Itu lebih baik dari setakat duduk senyap like a boss, bukan? Try, it's free you don't have to pay for it -Cikgu Shiva. It won't hurt to try.

Nota untuk diri juga. Bukan sedikit orang yang susah untuk move on dalam hidup. Ramai. Dan mereka mereka tu termasuklah diri aku sendiri. Betul lah apa yang orang kata "Easier said than done". Nak menaip kata kata semangat memang lah mudah, tapi nak mengaplikasikannya di realiti amatlah payah.

Sesi menyentapkan diri sendiri dah habis. Sekian. Eh?

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com