Lain



Banyak kali aku ingatkan diri sendiri yang tak semua orang sama macam aku. Tak semua orang hidup dalam dunia seperti ku. Dan tak ramai yang faham aku sebenarnya. Setiap orang ada kelainan mereka tersendiri. Tak kira lah dari segi sikap, cara, pakaian, adab, dan banyak lagi. Jadi kenapa aku kena persoalkan seseorang itu kalau itu jalan yang dia decide untuk lalu?

Pernah ku katakan, tahun lepas adalah tahun yang banyak mengubah cara hidup aku. Banyak mengubah diri aku. Banyak mengubah pengelihatan aku terhadap dunia. Perubahan yang membuatkan aku semakin faham dengan dunia yang kompleks. Perubahan yang mematangkan aku dari diri aku yang dulu. Pergaduhan yang membuatkan aku hampir depressed. Pergaduhan yang akhirnya aku memusingkan badan ke laluan lain. Laluan yang bukan mereka lalu.

Jadi, bila aku tahu ada orang yang berada dalam keadaan yang hampir seperti aku. Tak pelik kalau aku mengharapkan supaya dia juga melakukan apa yang aku lakukan dahulu. Tak pelik kalau aku mengharapkan kejadian tu memberi banyak pengajaran kepadanya sama seperti aku. Tak pelik kalau aku mengharapkan harapan sebegitu sekali. Malang, aku bukan tukang tilik atau makcik sihir yang boleh tengok future. Aku cuma boleh berharap sahaja dalam keadaan seperti ni.

Malang. Disebabkan itu, mungkin. Mungkin sebab tu aku persoalkan kenapa seseorang itu tak memusingkan badannya kearah lain. Ke laluan lain? Kenapa mesti berjalan beriringan dengan mereka sedangkan mereka dah seksa kau macam tu sekali? Dan buat ke sekian kalinya aku mengingatkan diri ku yang tak semua orang nampak apa yang aku nampak, tak semua orang rasa apa yang aku rasa, tak semua orang pilih jalan yang sama dengan yang aku lalu. 

Aku kena sedar, hidup semua orang berbeza. Lain orang lain pilihan dia. Aku kena berhenti dari mengharapkan sesuatu yang mustahil. Atau lebih tepat, aku kena berhenti mengharap yang orang akan ikut cara aku. Mungkin itu yang terbaik. Mungkin itu yang aku patut buat selama ni. Mungkin jugak dengan tu aku akan berhenti dari mendapat harapan palsu, tak kira dari jantina apa. 

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com