Kalau dulu, biasanya orang akan kaitkan ego dengan lelaki. Tapi sekarang dah jadi perkara yang sangat cliche kepada setiap gender. Tak kira lelaki atau perempuan, masing masing ada ego. Cuma, yang membezakannya sekarang antara tinggi atau rendah. Lelaki, memang biasanya ego tinggi. Perempuan yang memang secara normanya akan ber-ego rendah. Tapi, tak semua perempuan ego rendah sekarang. Contohnya aku, dia. Haha. Aku tak boleh nak menidakkan sesuatu yang aku dah tahu ada dalam diri aku sejak azali lagi.
Semalam, aku dapat rasakan yang antara aku dan si dia dah tak setegang yang dulu. Aku rasa, perubahan tu mula wujud selepas camping bulan lima yang lepas. Dan aku baru sedar sekarang. Tapi, perubahan tu tak boleh aku gembirakan sangat. Sebab, aku rasa perubahan tu macam tak berapa memuaskan. Perubahan tu tak boleh dilihat dengan mata kasar. Tak boleh nak dibuktikan dengan perbuatan zahir. Sebab perubahan tu cuma dapat aku rasakan sahaja. Aku sedar perubahan ni semalam, masa bertembung dengan si dia. Hah. Kelakar.
Kalau nak dinyatakan dalam istilah addmaths, perubahan kita adalah perubahan kecil dan meningkat. Tapi nilainya tak dapat nak diramal berapa. Mungkin. Mungkin kalau nak kira dari segi peratus, mungkin hanya 0.1%. Tapi, itu masih perubahan yang bagus kan? Daripada tak ada perubahan langsung atau perubahan yang makin teruk. Kan?
Kalau nak diimbas kembali post yang dahulu. Aku ada state kan aku dan si dia ada persamaan. Persamaan yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata kata. Persamaan yang tak semua orang nampak. Persamaan yang tersembunyi. Dan paras ego, adalah salah satu contoh persamaan kami.
"Kau orang oke je sebenarnya. Tapi itulah, dua dua ego!"
Hit the spot, bullseye, 100 pts for this statement.
Dulu, pernah juga aku berfikir. Kalau antara kita tak ada masalah, tak ada pergaduhan, tak ada konflik. Mungkin kita akan jadi antara memori terindah aku di sekolah. Tapi, mungkin juga persahabatan tu akan menjadikan aku lebih teruk, menjadikan aku hanyut. Lemas dalam dunia fana. Ini semua takdir Tuhan untuk aku, aku tak boleh mempersoalkan takdir-Nya.
Kelakar kan? Biasa dengar lelaki perempuan kalau dua dua ego memang tak boleh nak ngam. Tapi, kali ni lain pula kesnya. Ego tinggi antara perempuan dan perempuan. Kelakar. Haha. Ego aku tinggi, memang aku tak boleh nak putar belitkan lagi.
No comments:
Post a Comment