Pagi.
"Aku nampak diri aku dekat dia" Memang dah lama aku rasa benda ni, tapi aku pendam. Aku simpan dalam dalam benda ni. Sebab aku tak tahu aku nak cakap kat siapa. Kalau aku bagitahu pun ada ke yang nak mendengar? Ada ke yang nak layan? Bukan semua faham pun. Baik pendam seorang diri.
Sebab aku nampak diri aku dekat dia lah aku asyik comparekan diri aku dengan dia.
Walhal, secara umumnya orang tak comparekan aku dengan dia pun. Aku yang seksa diri aku sendiri. Aku tahu tu, Shie dah lama dah bagitahu aku. Dia nasihat aku supaya berhenti dari seksa diri. Tapi aku tak daya nak halang diri sendiri dari terus menyeksa hati.
Pathetic. Yes, I admit I am pathetic. Aku tak daya untuk tolak diri aku keluar dari bayangan lepas. Bayangan lepas yang sangat menyakitkan. Sampai bila pun aku tak tahu. Apa yang dia dah buat memberikan impak yang sangat besar dalam kotak memori aku.
Shie kata, aku kena kuat, aku kena hilangkan dia dari kepala aku. Shie buat analogi dia sebagai batu penghalang yang menghalang aku dari terus maju ke hadapan. Untuk maju ke hadapan aku kena tolak batu penghalang tu, tapi apa yang aku lakukan selama ni bukan menolak. Tapi menumbuk. Aku tumbuk batu tu, dan aku yang rasa sakit tu. Batu tu tak gerak mana pun.
Aku yang rasa sakit, dia tak rasa apa apa pun. Aku yang syok sendiri. Kenapa aku teruk sangat ni?
Wahai hati
Kau tak kasihankah pada jasad?
Wahai hati
Sampai bila kau nak sakit?
Wahai hati
Bila kau mahu keluar dari bayangan lepas?
Berhentilah membuat kepala sakit
Sudah sudahlah tu hati
Jasad merayu padamu hentikanlah semua ini.