Doa


Salam.

Bila masuk cuti sekolah, aku teringatkan cuti yang lepas. Cuti seminggu yang kita habiskan dengan bersosial di laman twitter. Cuti yang aku dah tersalah langkah menghabiskannya. 

Masuk cuti sekolah, satu je perkara yang aku doa. Ku doa supaya aku tak mengulangi kesilapan yang sama seperti di hari yang lepas. Aku harap sangat, sangat mengharap pada cuti kali ini, tak ada apa yang akan merosakkan hubungan ini. 

Dan aku berharap sangat, kala ini aku tidak melakukan kesilapan yang sama yang pernah ku lakukan sewaktu cuti yang lepas. Aku tak sanggup untuk harungi saat sebegitu lagi. Perit. Aku teringat kembali tika habisnya cuti, kita sama sama berubah, sama sama tak endah akan satu sama lain. Perit. 

Pada asalnya, aku cuma mahukan ketenangan. Aku cuma mahu meredakan amarah ku. Hanya seminggu yang ku pinta dari kau. Tapi, perkara sebaliknya yang terjadi. Kau tak melayan aku lebih dari seminggu. Aku hampir nak menangis. Sampai tahap, aku rasa kau bencikan aku. 

Aku tahu tika itu memang salah aku. Kau cuba pujuk aku, tapi aku tak layan pujukan kau. Kau state kan di twitter, kau tak suka orang marah kau tapi bukan salah kau. Kau tahu, waktu itu aku sangat terasa. Memang tepat pada dadalah apa yang kau katakan itu. 

Mulanya, aku yang bengang dengan kau. Tapi, akhirnya kau yang bengang dengan aku. Rasa bersalah mula menyelubungi ku. Aku mintak maaf padamu berkali kali, tapi kau tak ambil pusing pun. Buatkan aku rasa, mungkin kau memang betul betul tak nak dah layan aku. 

Dan dalam masa yang sama, membuatkan diri aku down. Sebab kala itu, kau ber-mention dengan si dia. Hati aku sakit. Mungkin cemburu. Sebab aku bayangkan, jika aku yang bertanyakan kau dengan cara seperti itu, adakah kau akan melayan ku? Dan untuk kesekian kalinya aku menyatakan yang aku adalah seorang negative-thinker. Pastinya otak aku akan melahirkan jawapan yang negative iaitu tidak. Tak, kau takkan punya layan aku kalau aku berbuat seperti si dia. 

Down. Sangat down waktu tu. Dan bila kau mula melayan aku balik, waktu tu aku sudah lupa bagaimana aku bangkit balik menjadi manusia yang bertenaga. Lama kau biarkan ku sendirian. Lama ku menunggu mu pulang. Lama. Tak dapat ku kira berapa bilangan hari yang kau habiskan. 

Bila kau mula melayan kembali, aku mula rasa bahagia. Angau. Mungkin. Bak kata kawan si dia "Angau is a good feeling, tak kesah la a wrong person ke apa, or you know you can never be with him, but the feeling itself makes you happy already, so feel it!

Setakat 3 hari kita bercuti, aku masih tak tersilap langkah. Aku berharap sangat supaya aku tak tersilap langkah. Cuti kali ni lebih lama dari biasa, 2 minggu setengah. Aku tak mahu habiskan cuti aku dengan rasa marah, geram, bersalah dekat sesiapa. Lagi lagi kau. Aku tak nak dah gaduh lagi dengan kau. Cukuplah cuti yang lepas memberi ku pengajaran yang maha besar ini. Aku tak nak rasakan lagi perit yang aku lalui di hari yang lepas.

Moga aku dapat jaga nafsu amarah, moga aku dapat bersabar dengan lebih kuat, moga aku tidak membuatmu berasa tidak senang terhadap aku. Moga apa yang aku harapkan buat cuti kali ini, moga dapat ku jadikan realiti di masa akan datang. Ameen.
 

Template by BloggerCandy.com