Salam petang.
Sejak dulu --tak sejak tahun lepas aku rasa, aku menjadi seorang insan yang susah untuk mengeluarkan air mata. Pada mulanya, ia hanya kata kata yang ku lontarkan kepada rakan. Tapi, lama kelamaan ia menjadi realiti yang pedih.
Susah untuk mengeluarkan air mata bukan sesuatu yang patut kau banggakan. Seperti yang diketahui umum, menangis boleh mengurakan tekanan yang ada di dada. Bila seseorang itu susah untuk merembeskan air matanya, ia tidak akan mengurangkan atau lebih buruk boleh menambahkan lagi tekanan yang dialami.
Itu, apa yang aku alami sejak tahun lepas. Itu yang menjadikan aku seorang gadis yang biasanya dilihat sebagai manusia tak berperasaan. Itu yang kadang menambahkan lagi sesak yang ditampung di dada. Aku, dulunya akan menangis bila tekanan yang aku hadapi melebihi batas kemampuan aku. Tapi sekarang, tidak lagi begitu.
Aku jadi makin susah untuk menangis walaupun aku alami tekanan yang padaku melampau. Semakin aku membesar, semakin banyak perkara yang aku harungi, semakin banyak tekanan yang aku alami. Sewajarnya, aku patut menangis sekali sekala. Tapi tidak. Tak aku tak buat. Aku tak nangis.
Aku nak nangis. Aku nak kurangkan beban di dada. Aku nak rasa tenang sementara. Aku inginkan ketenangan walaupun sebentar sahaja. Sakit. Kenapa aku tak boleh nak mengeluarkan air mata dengan senang? Kenapa susah bagiku untuk melakukannya sedangkan orang lain boleh membuatnya dengan sekelip mata. Kenapa?
Aku cuba cari jalan untuk selesaikan masalah aku. Aku tanya pada mereka yang aku rasa boleh menolong. Aku tanya kenapa susah untuk seseorang itu menangis dengan senang apabila dia mahu. Bagaimana mereka melakukannya dengan mudah. Aku tanya mereka.
Ada yang kata, kurang sedekah al-fatihah pada diri sendiri. Ada yang kata orang yang susah nak nangis ni kuat. Orang yang tak nangis ni kuat ke? Aku tertanya tanya, betulkah kenyataan ini dalam masa yang sama melihat pada diriku. Aku tak rasa diri aku kuat. Aku tak rasa begitu. Kuat dan tabah memang bukan diri aku. Aku tak nampak semua tu dalam aku. Tak nampak.
Bila aku sedih, bila aku rasa nak nangis, aku tak rasa pun aku tahan air mata dari keluar. Aku cemburu tengok orang yang senang nangis. Tapi bukan nangis kerana perkara remeh temeh. Nangis sebab dah tak tahan nak tampung beban di dada. Nangis sebab dah terlalu frust dengan semua perkara yang terjadi. Nangis sebab dah tak tahu nak buat macam mana lagi.
Banyak kali aku rasa nak nangis. Dan bila aku rasa begitu, aku tak dapat nangis. Jadi aku senyap. Aku diam. Tunggu sampai rasa tu hilang. Bila rasa tu hilang, aku buat macam biasa. Macam aku tak alami pun rasa tu. Macam aku tak rasa apa apa. Macam yang orang selalu cakap, tak berperasaan.