Tahan


Salam pagi dunia.

Alhamdulillah kebelakangan ni, aku dapat control rasa sakit di dada bila nampak perkara yang berkaitan si dia. Tadi, buka lagi. Mungkin tak bersebab atau boleh dikatakan aku stalk twitter dia. Buka twitpic dia yang latest. Perbualan dia dengan seseorang yang aku pernah rapat. Rapat ke? Mungkin pada aku je kita ni rapat, tapi pada seseorang itu mungkin kita biasa sahaja. 

Bukan nak kata cemburu, tapi macam mana dia boleh jadi serapat tu dengan seseorang yang aku cuba untuk rapat bertahun tahun? Kenapa bagi si dia, semua perkara nampak mudah. Semua perkara dia senang kecapi. Aku state kan di twitter, aku bukan dia. Tapi, aku juga state kan kenapa aku tak boleh jadi macam kau? 

Perit. Itu yang apa aku rasa sekali dengan sakit di dada tatkala melihat betapa akrabnya mereka. Rapatnya mereka bagaikan dah lama berkenalan. Padahal si dia baru sahaja masuk smih tahun lepas. Dan tak dinafikan juga tahun lepas lah hidup aku mula berubah. Pengajaran yang membuatkan ku lebih matang dari sebelumnya. 

Bila sakit tu datang, aku tahan dengan sepenuh jiwaku. Aku tahan rasa tu supaya ia hilang dibawa arus angin. Masalah ku bukan setakat ini sahaja. Bermacam lagi masalah selain ni. Tapi pada ku, yang lain semua tu hanya minor pain, dan major pain yang aku alami ialah diri ku sendiri. 

Masalah susah untuk lepaskan kenangan lama. Masalah jiwa. Masalah hati. Masalah untuk terus maju ke hadapan. Aku tahu untuk maju ke hadapan, aku perlu lepaskan pelukan ku terhadap yang lepas. I need to stop clinging from the past. I need to get rid of the past. I need to move on. 'Cause there's a better life waiting ahead of me. I know that. And I know that moving on and just forgetting the past like it was a rubbish is hard. I need some time.

Aku perlukan masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada memori lepas. Aku perlukan sedikit masa lagi. Harapnya, masa yang ku katakan sedikit itu, benar sikitnya. Harapnya itu lah yang akan terjadi di realiti. 
 

Template by BloggerCandy.com