Apa kau rasa bila orang yang selalu gaduh dengan kau, selalu buli kau, tiba tiba kongsi satu rahsia dengan kau. Apa kau rasa?
And what's more, that person is fron the opposite gender.
Rahsia yang kawan kawan kau cuba gali sedalam mungkin untuk jumpa, untuk decipher. Tapi kau dapat tahu macam tu sahaja. Tak ada usaha, tak ada keinginan, tak ada apalah senang kata. Apa kau rasa?
Felt like a betrayer.
Tapi aku tak boleh buat apa. Sebab aku tak janji pun dengan sesiapa untuk tak cakap rahsia yang cuba digali tu. Aku cuma janji dengan 'orang tu' sahaja. Janji jangan bagitahu sesiapa tentang kebenaran rahsia yang dijumpai tu.
Rasa, kelakar ada. Pengkhianat pun ada. Sebabnya, bila semua orang tahu. Aku cuma pura pura baru tahu. Walhal, aku dah lama tahu. Boleh ke aku pasang muka terkejut nanti? Aku takut kalau orang keliling tahu muka aku disebalik topeng tu nanti.
Rasa pelik pun ada. Mestilah. Orang yang selalu buli kau, yang selalu cari fasal dengan kau. Tiba tiba bagitahu rahsia hati dia. Manusia mana yang tak pelik dan terkejut? Manusia mana yang tak terkejut bila tahu orang yang biasanya tricky dan buat kau fikir dua kali dengan tindakan dia, sebenarnya jenis yang sangat straight foward macam tu sekali. Bila kau dapat tahu sebenarnya semua kata kata dia tu sebenarnya betul, realiti.
My mouth be like O.
Susah juga nak terima, tapi gelak jelah masa tu. Sebab rasa kelakar tu menguasai diri lebih dari yang lain.
Maaf, tapi aku akan jaga rahsia kau sampai hari kau yang umumkan sendiri. Aku tak nak jadi pembocor rahsia terunggul. Heh
-Meiji
No comments:
Post a Comment