"Aku tak suka relationship yang serius."
"Heh. Ye le kau. Kita tengok nanti."
Relationship yang serius macam perkahwinan, mutual feelings, couple. Semua tu menyusahkan diri. Menyusahkan. Sangat menyusahkan. Kena report itu dan ini. Kena ada permit untuk buat itu dan ini. Tak ada kebebasan langsung. Menyusahkan bukan?
Aku tak perlukan orang untuk risaukan aku. Aku tak perlukan orang untuk bimbang tentang aku. Aku tak perlukan tu semua. Sebab aku boleh berdiri sendiri. Sebab aku boleh layan diri sendiri. Aku pandai jaga diri aku sendiri. Jadi buat apa orang lain susahkan diri mereka untuk bimbang fasal aku? It's just a waste of a time.
Aku tak perlukan orang lain untuk berdiri dengan aku. Tak perlukan mereka. Ya. Memang betul pun. Sebab diaorang tak memahami. Aku tak perlukan orang lain untuk sokong belakang aku dalam pentas dunia ni. Biar. Biar aku seorang berdiri dengan bantuan tali Tuhan. Tali yang mungkin rapuh. Tali yang mungkin juga utuh. Rapuh dek menahan diri ini dari sering tersungkur atau utuh kerana masih lagi menyambungkan jasad ini dengan Tuhannya.
Aku dah biasa berdiri sendiri. Aku dah biasa dengan kehidupan sebegini. Jadi aku tak perlukan sesiapa untuk berdiri tegap bersama atau untuk aku. Tak perlu.
Sebab bila berbicara tentang masalah. Kita akan mula rasa keinginan untuk beritahu semuanya. Semuanya termasuk kisah lama. Too many skeletons in closet. Too many of them, that it might just scared them off. Opening old scars will lead you to a much deeper pain. I don't want that. Aku tak nak.
Jadi aku senyap. Jadi aku lari. Dan sekarang, I'm tired of running. Exhausted.
No comments:
Post a Comment